fbpx

Miley Cyrus cemas pesawat disambar petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILEY CYRUS

PELAKON juga penyanyi Miley Cyrus berdepan saat cemas apabila kapal terbang yang dinaikinya bersama keluarga dan juga beberapa orang rakannya mengalami masalah teknikal.

Menurut pelantun lagu Wrecking Ball itu, kapal terbang yang dinaikinya mengalami masalah teknikal selepas disambar petir ketika mengharungi cuaca buruk.

Kejadian menyeramkan tersebut sempat dirakam oleh Cyrus menerusi tingkap di tempat duduknya dalam pesawat dan video berkenaan dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Pesawat saya mengalami gangguan teknikal selepas disambar petir. Mujur semua penumpang terselamat walaupun kami berasa sangat panik ketika kejadian,” ujarnya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sewaktu Cyrus dalam perjalanan dari Amerika Syarikat menuju Paraguay untuk menjayakan sebuah persembahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI