fbpx

Melaka benarkan solat tanpa penjarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melaka telah membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.

MELAKA – Melaka membenarkan solat berjemaah dilakukan tanpa penjarakan fizikal bermula Fasa Peralihan Endemik 1 April ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau termasuk aktiviti pada Ramadan juga dibenarkan sepanjang tempoh peralihan itu.

Katanya, walaubagaimanapun sebarang sentuhan fizikal adalah dilarang bagi membendung penularan Covid-19.

“Jawatankuasa masjid dan surau juga boleh menggunakan sejadah bersaiz standard untuk penandaan kedudukan antara jemaah.

“Jadi, adalah sedikit penjarakan berasaskan kedudukan sejadah itu,” katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kerajaan negeri dengan perbincangan bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bersetuju menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM14 dan RM21.

“Pada tahun lalu, kutipan zakat fitrah adalah sebanyak RM5,045,782 dan kita anggarkan kutipan pada tahun ini akan meningkat sebanyak 2.07 peratus iaitu RM5.15 juta.

“Ini melibatkan seramai 622,144 orang yang layak membayar zakat,” katanya.

Sulaiman berkata, bagi memudahkan pembayaran dibuat, Zakat Melaka turut menyediakan enam saluran iaitu melalui laman web rasmi www.izakat.com, imbasan QRPay DuitNow dan Perbankan Internet Maybank.

Orang rami juga boleh melayari portal MelakaPay, aplikasi Melaka Pay atau membuat pembayaran melalui pegawai syarak yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI