fbpx

Lelaki dijumpai rentung dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui rentung dalam kereta Proton Wira yang terbakar berhampiran Perumahan Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri, malam tadi.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki mati rentung dalam kebakaran sebuah kereta di tepi jalan berdekatan perumahan Iskandar Malaysia, dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 12.03 tengah malam.

Beliau berkata, hasil siasatan awal dan temu bual terhadap saksi awam mendapati kereta berkenaan berhenti di tepi jalan bahagian luar Taman perumahan dalam keadaan enjin hidup, lampu menyala dan terbakar.

“Menurut maklumat saksi, terdapat seseorang terperangkap dalam kereta yang diberhenti di luar perumahan berkenaan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati seorang lelaki telah terbakar dan pemeriksaan dijalankan mendapati tiada butiran atau pengenalan diri dan tiada barang-barang berharga yang dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, mayat mangsa telah dikeluarkan dari kereta oleh Anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di lokasi.

“Mayat mangsa dalam keadaan rentung hampir seluruh badan, tangan dan jari terputus telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat. Waris dan keluarga mangsa masih dikesan,” ujarnya.

Tambahnya, kertas siasatan kematian mengejut (SDR) telah dibuka dan siasatan lanjut masih diteruskan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI