fbpx

Harga 800 ubat meningkat di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYELIDIK telah diberi amaran bahawa sebatian 'haram' seperti itu boleh mencetuskan penyebaran penyakit tahan dadah. - Zee News Network

NEW DELHI – Pihak Berkuasa Harga Farmaseutikal Kebangsaan (NPPA) India memaklumkan bahawa harga ubat penting termasuk ubat tahan sakit dan antibiotik dijangka mencatat peningkatan bermula April ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.

“Berdasarkan data Indeks Harga Borong (WPI) yang disediakan oleh pejabat Penasihat Ekonomi, Kementerian Perdagangan dan Industri, perubahan tahunan dalam WPI adalah 10.766 peratus,’’ kata NPPA.

Senarai itu melibatkan lebih 800 ubat yang akan menyaksikan kenaikan harga mulai bulan depan. Kenaikan harga yang berlaku dijangka berada dalam julat lebih 10 peratus.

Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NLEM) adalah termasuk ubat tahan sakit seperti parasetamol dan antibiotik. 

Senarai yang dilaporkan juga termasuk ubat yang dikaitkan untuk merawat pesakit Covid-19. 

NPPA berkata, kenaikan harga berlaku sejajar dengan perubahan dalam WPI. Beberapa laporan mendakwa bahawa harga ubat yang digunakan untuk merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan demam juga dijangka meningkat.

Selain parasetamol, harga ubat lain termasuk metronidazole, ciprofloxacin hydrochloride dan azithromycin juga dijangka meningkat.  -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI