fbpx

16,863 kes Covid-19 direkodkan, 37 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan bawah angka 20,000 dengan 16,863 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,138,867 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 238 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (9,273 kes), Kuala Lumpur (1,395 kes), Pulau Pinang (990 kes), Perak (836 kes), Johor (764 kes), Sarawak (631 kes) dan Negeri Sembilan (556 kes).

“Seterusnya Kedah (652 kes), Melaka (403 kes), Pahang (383 kes), Terengganu (327 kes), Kelantan (295 kes), Sabah (245 kes), Labuan (38 kes), Putrajaya (38 kes) dan Perlis (37 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 37 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,751 kes serta sebanyak enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,321 kes.

Sebanyak 233,179 kes aktif dilaporkan melibatkan 226,656 kes dikuarantin di rumah, 1,032 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,192 kes di hospital, 112 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 187 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI