fbpx

Kopi dapat lindungi jantung, bantu hidup lebih lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINUM kopi boleh membantu melindungi jantung dan bukannya mencetuskan penyakit. - Danijela Froki/Unsplash

CANBERRA – Satu kajian mendapati minuman kopi boleh melindungi jantung manusia dan bukan mencetuskan penyakit, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut tiga abstrak penyelidikan yang diterbitkan pada Khamis lalu, meminum dua hingga tiga cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, masalah jantung atau kematian pramatang antara 10 hingga 15 peratus.

“Disebabkan kopi boleh mempercepatkan degupan jantung, sesetengah orang bimbang bahawa dengan meminum kopi, ia boleh mencetuskan atau memburukkan masalah jantung tertentu.

“Disinilah nasihat perubatan am untuk berhenti meminum kopi timbul,’’ kata pengarang kajian tersebut, Dr. Peter M Kistler dalam satu kenyataan.

Dr. Kistler bersama penyelidik-penyelidik lain menggunakan data UK Biobank dalam ketiga-tiga kajian mereka. Data yang diperoleh menunjukkan tahap kesihatan lebih 500,000 orang dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun.

Penulis kajian itu mengkaji kaitan antara kopi dan masalah degupan jantung (aritmia) dan penyakit kardiovaskular lain.

“Kami mendapati kopi mempunyai kesan neutral yang tidak mendatangkan mudarat, malah boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung,’’ tambah Dr. Kistler yang merupakan pakar aritmia dan profesor perubatan di Universiti Melbourne dan Universiti Monash. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI