fbpx

20,923 kes Covid-19, 25,467 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 20,923 kes dengan 228 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,122,004 kes.

Dalam masa sama, sebanyak 25,467 kes sembuh sekali gus melepasi jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 3,844,766 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 115 kes kategori tiga, empat dan lima.

“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 7,802 kes (37.29 peratus), kategori dua sebanyak 13,006 kes (62.16 peratus), kategori tiga sebanyak 44 kes (0.21 peratus), kategori empat sebanyak 26 kes (0.12 peratus) dan kategori lima 45 kes (0.22 peratus).

“Daripada 115 kes kategori tiga, empat dan lima, 33 kes (28.70 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 48 kes (41.74 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 34 kes (29.57 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 73 kes (63.48 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 63 kes (54.78 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (0.87 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 302 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 198 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, data pada laman web CovidNow menunjukkan, 34 kematian direkodkan menjadikan sebanyak 34,751 kes manakala, lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah terkini BID sebanyak 7,326 kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI