fbpx

West Ham letak tanda harga Rice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE dikaitkan dengan perpindahan ke United, namun West Ham hanya akan melepaskannya dengan harga yang ditetapkan. – AFP

LONDON – West Ham United meletakkan tanda harga berjumlah £150 juta (RM841.37 juta) untuk mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan bintang sensasinya, Declan Rice pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Kelab yang berpangkalan di London itu sedar bahawa mereka semakin sukar untuk memujuk Rice untuk menandatangani perjanjian baharu.

West Ham telah membuat keputusan bersedia melepaskannya, tetapi pada harga yang ditetapkan.

Pengurus West Ham, David Moyes dan ahli lembaga pengarah kelab dikatakan sudah bersetuju untuk tidak melepaskan Rice kurang daripada jumlah berkenaan

Jumlah itu sekali gus menyaksikan nilainya lebih mahal berbanding Jack Grealish yang dibeli Manchester City dari Aston Villa pada harga £100 juta (RM560.91) untuk muncul sebagai pemain British paling mahal ketika ini.

Manchester United dilapor­kan sedang memburu Rice sebagai persediaan menggantikan khidmat penyerang Paul Pogba yang bakal meninggalkan Old Trafford secara percuma hujung musim ini.

Ketika ini, Rice masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun bersama pasukanThe Hammers.

Difahamkan, rundingan yang dibuat antara Rice dan West Ham sebelum ini telah gagal untuk mencapai kata sepakat bagi lanjutan kontrak baharu pemain berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI