fbpx
Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zamrose Mohd Zain (tiga dari kanan) bersama Panglima Tentera Darat Singapura, Brigedier Jeneral Neo Chin Wee David (tiga dari kiri) ketika hadiri Upacara Penutup Eksesais Semangat Bersatu Siri 26/2022 di Kawasan Am Felda Ulu Tebrau hari ini.

TDM, TDS teruskan latihan peperangan konvensional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kerjasama bilateral Malaysia dan Singapura diteruskan melalui perlaksanaan Eksesais Semangat Bersatu Siri 26/2022 diantara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Singapura (TDS) yang sebelum ini tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zamrose Mohd. Zain berkata, sebelum ini, latihan tersebut tidak dapat dilaksanakan hampir dua tahun akibat penularan wabak itu dan kini berjaya dilaksanakan dalam keadaan norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, latihan berlangsung selama tujuh hari itu melibatkan konsep eksesais yang menjurus kepada operasi ofensif melibatkan dua fasa peperangan konvensional.

“Latihan ini bertujuan menguji fungsi pasukan infantri dengan penglibatan pelbagai elemen tempur dan bantuan tempur dalam menangani sebarang ancaman di samping mencapai kerjasama bilateral sesama negara.

“Eksesais semangat bersatu siri 26/2022 kali ini dimulakan dengan latihan silang sebelum diteruskan dengan latihan medan.

“Penerapan norma-norma baharu dan standard operating procedures (SOP) juga telah diberi perhatian sepanjang pelaksanaan eksesais bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di kalangan peserta eksesais,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadiri Upacara Penutup Eksesais Semangat Bersatu Siri 26/2022 di Kawasan Am Felda Ulu Tebrau hari ini.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat Singapura, Brigedier Jeneral Neo Chin Wee David.

Zamrose berkata, pelaksanaan eksesais semangat bersatu itu merupakan eksesais gabungan yang dilaksanakan pada setiap tahun secara bergilir di antara TDM dan TDS sejak tahun 1990.

Katanya, penglibatan peserta eksesais semangat bersatu pada tahun ini adalah terdiri daripada pasukan-pasukan di bawah naungan Formasi 7 Briged iaitu 6 RRD, 5 RAMD, dan pasukan TRUP 3 Div dengan jumlah penglibatan seramai 41 pegawai dan 441 lain-lain pangkat.

Manakala, penyertaan dari TDS pula diwakili oleh 1st Bn Singapore Guard, Tentera Darat Singapura adalah terdiri dari sembilan pegawai dan 85 lain-lain pangkat.- KOSMO! ONLINE.

POPULAR