fbpx

Perang Rusia-Ukraine tiada pemenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba Ukraine bertugas di tengah-tengah runtuhan pusat beli belah Retroville di Kiev, sehari selepas dibedil tentera Rusia. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyatakan bahawa peperangan antara Rusia dan Ukraine adalah sesuatu yang tidak dapat dimenangi, lapor akhbar Arab News kelmarin. 

Kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau mengulangi rayuannya agar konflik itu beralih dari medan perang ke meja rundingan.

“Perang itu tidak dapat dielakkan. Satu-satunya persoalan adalah berapa banyak lagi nyawa perlu hilang? Berapa banyak lagi bom mesti jatuh dan berapa banyak Mariupol yang mesti dimusnahkan?

“Berapa ramai rakyat Ukraine dan Rusia akan terbunuh sebelum semua orang menyedari bahawa perang ini tidak mempunyai pemenang, sebaliknya hanya yang kalah? Berapa ramai lagi orang yang perlu mati di Ukraine dan berapa ramai penduduk dunia perlu kelaparan untuk menghentikannya?

“Meneruskan perang di Ukraine secara moral tidak boleh diterima, tidak dapat dipertahankan dari segi politik dan tidak masuk akal dari segi ketenteraan,” katanya di ibu pejabat PBB di New York.

Jelas Guterres, sejak Rusia menyerang Ukraine dan melanggar piagam PBB, dunia telah menyaksikan penderitaan yang mengerikan apabila ia menjadi semakin sengit, lebih merosakkan dan tidak dapat diramal dari masa ke masa.

Orang awam sedang diserang oleh pengeboman sistematik menyebabkan kemusnahan hospital, sekolah, bangunan pangsapuri dan tempat perlindungan. Lebih 10 juta rakyat Ukraine juga terpaksa meninggalkan rumah mereka.

“Tetapi perang tidak akan ke mana-mana. Bandar Mariupol telah dikepung selama lebih dua minggu dan tidak berhenti diserang,” ujar beliau. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI