fbpx

Mat rempit bertindak agresif larikan diri ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada polis dipukul sekumpulan lelaku di Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang di Kuantan Ahad lalu.

Oleh AZIZAH SHAFIEI

KUANTAN – Seorang ‘mat rempit’ yang bertindak agresif cuba melarikan diri sehingga melanggar anggota trafik dalam satu operasi polis di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang, Ahad lalu ditahan pihak polis.

Tular sebuah video berdurasi 33 saat yang memaparkan seorang penunggang motosikal dipukul beberapa individu tidak dikenali di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku pada 20 Mac lalu semasa anggota daripada Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan menjalankan operasi motosikal di kawasan Batu Tiga, Jalan Kuantan-Gambang yang merupakan lokasi tumpuan golongan ‘mat rempit’ menunggang secara bahaya dan berlumba.

“Semasa serbuan itu salah seorang penunggang motosikal telah bertindak agresif melarikan diri sehingga melanggar salah seorang anggota trafik yang sedang menjalankan operasi tersebut.

“Bagaimanapun tindakan tersebut tidak berjaya apabila beberapa individu tidak dikenali yang merupakan orang awam di lokasi kejadian bertindak memukulnya bagi membantu pihak polis untuk menahan lelaki tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari anggota polis tidak terlibat memukul lelaki berkenaan yang kemudiannya berjaya ditahan oleh pihak polis.

Jelasnya dalam kejadian tersebut anggota polis yang dilanggar penunggang motosikal terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya penunggang motosikal terbabit dikenakan saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada cermin sisi, ubah suai struktur kenderaan dan tiada nombor pendaftaran.

Sementara itu, Wan Zahari menegaskan bahawa komen yang menyatakan penunggang motosikal berkenaan dipukul pihak polis adalah tidak benar sama sekali.

Justeru beliau memberi amaran kepada penyebar berita palsu yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Pendakwaan turut boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI