fbpx

Hanya dua pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKIT KAYU HITAM, -FOTO/SHAHIR NOORDIN

PETALING JAYA – Hanya dua pintu sempadan darat antara Malaysia dan Thailand akan dibuka mulai 1 April ini iaitu di Bukit Kayu Hitam-Sadao serta Wang Kelian-Wang Prachan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini, kerajaan Thailand hanya bersedia untuk menerima pengembara pelancongan sahaja.

“Bagi pengembara harian dan kerap, perbincangan masih dijalankan antara Malaysia dan Thailand.

“Buat masa ini, protokol am pengembara umum terpakai ke atas pengembara dari Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI