fbpx

Terima dulu ‘seruan’ sebelum tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SAIFUDDIN

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menasihatkan kepada pemain agar menghormati ‘seruan’ yang telah dibuat dengan menyertai kem latihan pusat kebangsaan sebelum mengambil keputusan untuk tarik diri.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, jika ada mana-mana pemain yang ada masalah peribadi boleh berbincang dengan barisan kejurulatihan serta pihak pengurusan tanpa sebarang masalah.

Katanya, apa sahaja perkara boleh dibincangkan tetapi lebih ‘manis’ jika pemain terbabit dapat tunjuk muka apabila dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan sebelum tindakan selanjutnya boleh diambil.

“Saya mahu nasihatkan kepada pemain, jika mereka mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan selepas ini, pertama sekali adalah lapor diri dahulu. FAM sebagai pengurusan dan jurulatih pun ada perasaan.

“Jika ada masalah keluarga atau masalah lain seperti kece­deraan, kami akan hantar pada pegawai perubatan pasukan untuk menilai kecederaan dan selepas itu, barulah boleh dilepaskan ataupun jika alasan yang diberikan munasabah.

“Itu komitmen yang saya mahu nasihatkan kepada pemain kerana mereka hanya perlu da­tang sehari untuk lapor diri dahulu dan selepas itu baru bincang dengan pengurusan.

“Sudah tentu saya harap kes yang sama tidak akan berulang lagi selepas ini,” kata Mohd. Saifuddin ketika ditemui Kosmo! kelmarin.

Sebagai rekod, pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali telah menolak panggilan skuad kebangsaan untuk dua aksi persahabatan antarabangsa di ­Singapura pada minggu ini.

Bagaimanapun, Saifuddin memaklumkan pihaknya sudah menerima surat penjelasan daripada Rizal dan bukan sengaja untuk menolak pelawaan ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk tugasan antarabangsa kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI