fbpx

Dicekup miliki senapang tiruan dalam hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cha Hoong Fong

KLANG – Lima termasuk dua wanita dicekup selepas memiliki selaras senapang tiruan di dalam sebuah bilik hotel di sini, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 26 tahun itu ditahan bermula pukul 1.30 pagi, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan hotel berkenaan berhubung pergerakan seorang lelaki berjalan sambil memegang selaras senapang masuk ke lobi hotel sebelum menuju ke lif hotel.

Katanya, bertindak maklumat sepasukan polis kemudiannya telah ke hotel berkenaan dan menahan dua individu termasuk seorang wanita di aras kawasan meletak kenderaan hotel tersebut.

“Hasil pemeriksaan, menemui kad akses bilik hotel tersebut sebelum menahan seorang lagi lelaki di lobi hotel.

“Polis yang kemudiannya terus ke bilik hotel itu berjaya menahan dua lagi suspek termasuk wanita selain menemui selaras senapang berwarna hitam di atas meja bersama sepeket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu seberat 3.4gram,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, berdasarkan siasatan mendapati salah seorang suspek mengaku memiliki senjata tiruan yang diambilnya daripada rakannya dikenali Paan atas cagaran jualan sepeket dadah.

Tambah Hoong Fong, siasatan awal mendapati kumpulan suspek itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah samun atau rompak.

“Bagaimanapun, semakan mendapati tiga suspek lelaki mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Selain itu, salah seorang wanita ditahan merupakan kekasih kepada suspek lelaki,” ujarnya.

Beliau menegaskan, polis masih menyiasat tujuan objek menyerupai senapang sama ada bagi tujuan jenayah atau sebaliknya.

“Mereka kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen Sek 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI