fbpx

Xavi hanya diberikan satu pilihan sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRAORE yang dipinjamkan dari Wolves Januari lalu berjaya memikat Xavi dan menjadi tonggak penting pasukan itu. – AFP

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez dilaporkan berada dalam dilema kerana hanya diberi satu pilihan oleh pihak pengurusan sama ada mahu mengekalkan khidmat Ousmane Dembele atau Adama Traore pada kempen musim depan.

Sebagai rekod, skuad The Catalans yang dilanda krisis kewangan sejak tahun lalu tidak mempunyai bajet yang tinggi untuk berbelanja besar selain menawarkan kontrak dengan gaji lumayan buat pemain-pemain mereka.

Xavi sememangnya terdesak untuk mengekalkan khidmat Dembele kerana kontrak asal pemain antarabangsa Perancis itu akan berakhir secara rasmi pada penghujung musim nanti apabila berjaya mempamerkan prestasi konsisten tahun ini.

Sementara itu, pengendali dari Sepanyol itu juga berminat dengan Traore yang merupakan pemain pinjaman daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers.

Barcelona memiliki pilihan untuk menukar kontrak pinjaman kepada perpindahan tetap pada jendela antarabangsa yang akan dibuka Jun depan jika bersetuju dengan nilai sebanyak €30 juta (RM138.9 juta).

Selain itu, Barcelona mengintai khidmat tonggak utama PSV Eindhoven, Cody Gakpo yang menjadi sasaran utama selepas bintang antarabangsa Belanda itu pamerkan rentak konsisten musim ini.

Gakpo yang baru berusia 22 tahun telah berjaya menjaringan 16 gol serta 14 peluang jaringan dalam semua kejohanan musim ini.

Meskipun memiliki kontrak sehingga musim 2026, pengurusan PSV telah meletakkan tanda harga sebanyak £35 juta (RM195 juta) buat mana-mana kelab yang berminat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI