fbpx

Selangor cadang wujudkan skim insurans P-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bercadang mewujudkan skim insurans berkelompok di negeri ini bagi melindungi kebajikan pekerja industri P-Hailing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan serta Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, langkah tersebut ekoran kebanyakkan pekerja bidang itu adalah golongan muda dan lepasan sekolah yang terdedah dengan risiko di atas jalan bagi mengejar trip mereka.

“Ini kaedah melindungi pekerja P-Hailing yang tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Mungkin kita boleh mewujudkan satu insurans kelompok melibatkan 30,000 penggiat P-Hailing dengan bayaran RM10 seorang, ” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, pihaknya berharap idea tersebut dapat dilancarkan dalam bulan Jun depan.

Justeru, beliau memaklumkan agar kesemua pekerja P-Hailing dapat mewujudkan satu persatuan rasmi yang menjadi ‘payung’ kepada semua pekerja dalam industri tersebut.

“Saya amat memahami pekerja dalam industri P-Hailing mengejar bayaran
berdasarkan jumlah penghantaran.

“Namun, kebimbangan kita adalah risiko ditanggung pekerja industri itu apabila berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan dan maut,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI