fbpx

Sebuah pejabat di IPD Sepang musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kebakaran yang sempat dirakam oleh orang ramai.

SEPANG – Pejabat Pentadbiran Jenayah dan bilik Pegawai Penyiasat Kanan (SIO), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pejabat berkenaan terbakar 100 peratus.

“Kami menerima panggilan kecemasan pukul 6.15 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera dan anggota. Kebakaran membabitkan sebuah bilik di tingkat satu berkeluasan yang terbakar 100 peratus.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat punca kebakaran berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI