fbpx

Op Patkor Malindo erat kerjasama TLDM – TNI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru KD Jerai memberikan teriakan penghormatan pada kapal KRI Lepu yang belayar lalu pada Op Patkor Malindo di perairan Selat Melaka.

LUMUT – Kerjasama pertahanan maritim Malaysia – Indonesia terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Op Patkor Malindo Siri 155/22 di perairan Selat Melaka.

Markas Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu, operasi bersama itu bermula 17 hingga 31 Mac ini.

Menurut kenyataan itu, dua aset TLDM dilibatkan iaitu KD Teguh Samudera dan KD Jerai manakala Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) menugaskan KRI Lepu dan KRI Silea.

“Operasi gabungan bersama ini menggariskan matlamat memperkasakan rondaan penguatkuasaan perundangan maritim di perairan kedua-dua negara.

“Ia dalam usaha menentukan kedaulatan perairan Selat Melaka kekal selamat dan terpelihara,” ujar kenyataan tersebut.

Penugasan rondaan di laut bagi aset yang terlibat dilaksanakan selama 10 hari sekali gus mengukuhkan keyakinan komuniti maritim.

Kerjasama erat antara dua negara akan terus disuburkan dalam memastikan perairan Selat Melaka sentiasa bebas daripada sebarang ancaman jenayah rentas sempadan. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI