fbpx

Mangsa terselamat nahas pesawat China Eastern belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARIS penumpang pesawat Boeing 737-800 hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou. - AFP

BEIJING – Tiada mangsa yang terselamat setakat ini ditemui selepas sebuah pesawat penumpang milik China Eastern Airlines membawa 132 orang terhempas di selatan China, lapor akhbar South China Morning Post.

Beribu-ribu anggota bomba dan polis dikerah ke lokasi kejadian selepas Boeing 737-800 itu terhempas di kawasan lereng dan berhutan di daerah Teng, dekat bandar Wuzhou, wilayah autonomi Guangxi Zhuang.

Timbalan Perdana Menteri, Lui He dan Ahli Majlis Negeri, Wang Yong ditugaskan untuk menyelia kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian.

Belum ada pengesahan rasmi mengenai sebarang kemalangan jiwa selepas hampir 20 jam nahas berlaku.

Sebuah stesen pangkalan dron ditubuhkan untuk meningkatkan liputan telekomunikasi. Khemah-khemah turut dipasang dan berpuluh-puluh ambulans bersiap sedia dengan harapan untuk menemukan mangsa yang masih hidup, demikian menurut stesen penyiaran rasmi, CCTV.

Menurut agensi berita Xinhua, kotak hitam pesawat juga masih belum ditemukan antara serpihan-serpihan pesawat yang dikutip oleh pasukan penyelamat.

Pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari Kunming ke Guangzhou sejurus selepas pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) sebelum hilang dalam perjalanan. 

Waris penumpang pula dilaporkan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou. 

Syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa tiada penumpang asing di dalam pesawat berkenaan, lapor Xinhua. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI