fbpx

Tiga termasuk juruteknik dicekup curi kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (kiri) menunjukkan gelung kabel elektrik yang dirampas pihaknya daripada tiga suspek.

KUALA LANGAT – Kelicikan dua juruteknik kilang dan seorang warga Bangladesh mencuri kabel elektrik sejak awal tahun ini tumpas selepas dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Manggis, Banting di sini, baru-baru ini.

Penahanan ke atas suspek berusia 20 tahun dilbuat pukul 4.10 petang, 16 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kecurian itu disedari seorang pekerja kilang kertas sebelum memaklumkan kepada penolong pengurusnya pada pukul 3 petang, 14 Mac lalu.

Katanya, kabel sepanjang 40 meter bernilai RM16,000 itu belum berfungsi di kawasan janakuasa premis berkenaan.

“Susulan itu, sepasukan polis menahan tiga suspek di sebuah rumah di Kampung Sungai Manggis dan merampas lapan gulung kabel, tiga bungkusan plastik kulit kabel dan kereta jenis Proton Iswara.

“Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Ridhwan, menerusi tangkapan itu pihaknya percaya dapat menyelesaikan lima kes curi kabel sekitar Banting dan Telok Panglima Garang. Mereka direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI