fbpx

PM Jepun umum pelaburan berjumlah RM176 bilion di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kishida (kiri) dan Modi (kanan) bergambar selepas menandatangani perjanjian kerjasama di New Delhi kelmarin. – AFP

NEW DELHI – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengumumkan pelaburan berjumlah AS$42 bilion (RM176.1 bilion) di India bagi tempoh lima tahun akan datang dalam menyokong pembangunan infrastruktur negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Pelaburan tersebut diumumkan dalam sesi lawatan kerja pertama Kishida ke New Delhi sebagai Perdana Menteri bagi bermesyuarat dengan Narendra Modi.

Menurut Perdana Menteri India tersebut, New Delhi komited untuk menyediakan semua yang diperlukan bagi menyokong syarikat-syarikat dari Jepun.

“Kerjasama antara India dan Jepun telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. 

“Jepun merupakan salah satu daripada pelabur terbesar di India. Kedua-dua negara kini bekerjasama sebagai ‘Satu Pasukan Satu Projek’ bagi pembangunan koridor kereta api berkelajuan tinggi Mumbai-Ahmedabad,” jelas Modi.

Selepas sesi mesyuarat, kedua-dua pemimpin tersebut turut memberi ucapan dalam acara Persidangan Tahunan India-Jepun kali ke-14, di mana kedua-dua negara memeterai enam perjanjian dalam bidang keselamatan siber, pembinaan kapasiti, perkongsian maklumat dan kerjasama.

Sementara itu, Kishida berkata, Tokyo akan meningkatkan jumlah pelaburannya di India kepada AS$42 bilion (RM176.1 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang selepas menjalinkan kerjasama sejak 2014.

Jepun buat masa ini menyokong pembangunan infrastruktur bandar di India serta projek laluan kereta api berkelajuan tinggi berdasarkan teknologi bullet train di Jepun.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan, pada 2014, sasaran pelaburan berjumlah AS$29 bilion (RM121.6 bilion) di India yang diumumkan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah telah berjaya dicapai. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI