fbpx

Kristen Stewart enggan jadi pelakon pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRISTEN STEWART

PELAKON jelita Kristen Stewart mendedahkan pernah menolak tawaran untuk menggantikan tempat pelakon Drew Barrymore untuk membintangi sekuel filem, Scream.

Ujar Stewart, dia pernah dihubungi pengarah filem tersebut untuk ditawar menggantikan tempat Barrymore dalam Scream 4, namun ditolaknya atas alasan tertentu tanpa merosakkan hubungan mereka.

Kata Stewart, dia menolak peluang tersebut kerana merasakan dirinya tidak layak menggantikan tempat pelakon senior itu meneruskan kesinambungan filem Scream yang telah menjadi naskhah ikonik buat Barrymore.

“Saya tidak mampu menggantikan populariti Barrymore. Dia begitu sinonim dengan filem Scream,” katanya.

Filem Scream 4 yang turut dibintangi pelakon Emma Roberts, Lucy Hale, Courtney Cox dan David Arquette tetap berjaya menambat hati penonton walaupun tanpa kehadiran Stewart.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI