fbpx
Gambar hiasan.

Ada imam tidak penuhi standard di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Terdapat imam yang dilantik kariah didapati tidak memenuhi standard sepatutnya di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, ini berikutan sesetengah kawasan didapati memang sukar bagi mencari imam berkebolehan dan baik.

“Justeru, program pemantapan dilakukan pihak masjid dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menambah baik perkhidmatan dan kualiti imam-iman di Selangor.

“Nilai tambah berkaitan pengurusan kewangan dan ilmu falak dilakukan secara berterusan namun kadang-kadang kehadiran peserta. Justeru, kita berharap apabila dapat jemputan daripada pengangjur sepatutnya memberikan komitmen dalam meningkatkan kualiti dan pengurusan masjid dan surau di Selangor,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PH-Taman Medan) langkah kerajaan negeri susulan terdapat rungutan jemaah masjid berkenaan kualiti para imam termasuk dari segi bacaan al Quran.

Ketika mengulas soalan asal Syamsul berhubung peningkatan kualiti pegawai masjid dan surau, Mohd. Zawawi menjelaskan, JAIS sentiasa menganjurkan program-program bagi menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran di kalangan imam, bilal, bendahari, setiausaha dan juga melibatkan muslimah malah pengurusan tanah perkuburan. -KOSMO!ONLINE

POPULAR