fbpx

Nama Lee Zii Jia, Momota trending di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zii Jia ketika berdepan dengan juara dunia, Kento Momota pada aksi suku akhir kejohanan badminton seluruh England (All England) malam tadi.

PETALING JAYA – Kemenangan yang dipamer pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia ketika berdepan dengan juara dunia, Kento Momota pada aksi suku akhir kejohanan badminton Seluruh England (All England) malam tadi telah mendapat pujian ramai.

Ia sekali gus melayakkan Zii Jia mara ke pusingan separuh akhir apabila bakal berdepan dengan pemain India, Lakhsya Sen pada perlawanan seterusnya.

Sehubungan itu, nama Lee Zii Jia dan Momota dilihat menjadi trending dalam laman Twitter sejak malam tadi apabila kedua-dua mereka menunjukkan aksi yang sengit antara satu sama lain.

Rata-rata peminat sukan badminton berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Zii Jia dan mengharapkan agar dia memberikan yang lebih baik pada pusingan seterusnya sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir.

“Teruskan prestasi yang terbaik, rancang strategi yang lebih berkesan untuk peringkat separuh akhir, moga kemenangan milik Malaysia,” ciap seorang pengguna.

“Tahniah Lee Zii Jia, buktikan anda mampu untuk digelar juara All England, teruskan usaha, kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong,” ciap pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI