fbpx

Keluarga Muhammad Adib terima pampasan RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Muhammad Adib.

PETALING JAYA – Kerajaan membayar pampasan berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada tahun 2018.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun siasatan masih berjalan tetapi kerajaan telah membayar pampasan tersebut kepada keluarga arwah yang dibuat pada 29 November 2021.

Menurut beliau, ia sebagai bukti kesungguhan UMNO dalam membela nasib rakyat di negara ini.

“Kes kematian arwah Muhammad Adib sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

“Jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac 2022,” katanya ketika penggulungan perbahasan Perhimpunam Agung UMNO 2021 hari ini.

Muhammad Adib meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya dekat sini pada 27 November 2018.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI