fbpx

7.5 juta bakal luput status vaksin 1 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kira-kira 7.5 juta penduduk dewasa Malaysia yang baru menerima dua dos suntikan vaksin bakal berdepan dengan penukaran status vaksinasi kepada tidak lengkap bermula 1 April ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebanyak 34.4 peratus penduduk negara ini masih belum menerima dos penggalak.

“Jumlah ini termasuk 835,000 warga emas dan 2.1 juta penerima dos lengkap Sinovac.

“Kumpulan ini akan kehilangan status lengkap vaksinasi pada 1 April jika tidak menerima booster sebelum tarikh tersebut.

“Tempah janji temu di MySejahtera anda sekarang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan penerima vaksin Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, diberikan tempoh sehingga 31 Mac 2022 untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, status vaksinasi mereka akan bertukar kepada tidak lengkap,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI