fbpx

Pearly-Thinaah terkandas di suku akhir All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah (kiri) kempunan untuk melangkah ke separuh akhir selepas tewas kepada beregu Korea Selatan sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah terpaksa akur gagal melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) tahun ini.

Ia selepas Pearly-Thinaah yang menghuni ranking ke-15 dunia, tumbang kepada beregu No. 64 dunia dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jyeong 15-21, 21-17, 21-9 di Utilita Arena Birmingham sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi skrip sama sewaktu edisi All England tahun lalu yang mana mereka tewas pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida di peringkat suku akhir.

Penyingkiran itu menyaksikan Malaysia kini sudah tiada wakil untuk beregu wanita selepas Vivian Hoo Kah Mun-Lim Chiew Sien terlebih dahulu tewas pada pusingan pertama sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI