fbpx

PCG pacu ekonomi pekeliling plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (kiri) bersama Pengarah Eksekutif One Biosys, Muhammad Yani pada sesi menandatangani MoU yang diadakan secara maya.

PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan KDEB Waste Management (KDEBWM) dan One Biosys Sdn. Bhd. (One Biosys) bagi memacu ekonomi pekeliling plastik di negara ini.

Menerusi MoU berkenaan, KDEBWM dan One Biosys akan membekalkan sisa plastik yang terdiri daripada polietilena (PE), polipropilena (PP) serta polietilena terephthalate (PET) kepada PCG untuk pengeluaran produk sirkular bagi pembungkusan makanan serta aplikasi dalam penjagaan kesihatan, isi rumah dan perindustrian.

MoU tersebut turut merangkumi kajian kebolehlaksanaan bersama bagi menilai daya maju komersial pembinaan kemudahan pengasingan sisa di Malaysia untuk memastikan pengasingan sisa plastik yang lebih berkesan.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, peralihan kepada ekonomi pekeliling memerlukan penyelesaian baharu untuk menangani jurang dalam rantaian nilai plastik – daripada pengurusan sisa yang lebih baik kepada meningkatkan daya maju ekonomi penyelesaian kitar semula.

“Kerjasama ini merupakan langkah seterusnya bagi PCG untuk merealisasikan aspirasi menjadi rakan penyelesaian dalam menangani pencemaran plastik di Malaysia selepas memeterai kerjasama dengan Plastic Energy Ltd. pada 2019 bagi mewujudkan kemudahan untuk menukar sisa plastik campuran yang tercemar dan berkualiti rendah kepada minyak pirolisis.

“Dengan MoU kali ini, kami dapat mempercepatkan lagi inisiatif ke arah ekonomi pekeliling dalam memastikan penggunaan dan pengeluaran plastik yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI