fbpx

Menyamar anggota polis angkut motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan video tular dua lelaki menyamar sebagai anggota polis sebelum mengangkut pergi sebuah motosikal, di Damansara Damai.

PETALING JAYA – Polis memberkas seorang lelaki dipercayai terlibat dalam video tular menyamar sebagai anggota polis dan mengangkut sebuah motosikal tanpa kebenaran pemilik di Damansara Damai, di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, video itu memaparkan dua lelaki mendakwa sebagai anggota polis sebelum mengangkut sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ ke dalam lori.

“Susulan itu, kita telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun di Mutiara Damansara pada hari yang sama kerana disyaki terlibat dalam kes terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa menerima tawaran kerja sambilan daripada seorang kenalan digelar ‘Mamat Mulong’ dengan upah RM100,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fakhruddin, pihaknya turut merampas sebuah lori, satu motosikal jenis Yamaha RXZ, empat buah telefon bimbit dan sebatang spanar.

Katanya, suspek terbabit telah ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A/170 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, kita juga sedang giat mengesan ‘Mamat Mulong’ bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Muhamad Azizi Bajan di talian 010-5882574. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI