fbpx

Ditampar pelanggan gara-gara tidak tukar lagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pelanggan menampar pipi pelayan di sebuah restoran.

PETALING JAYA – Seorang pekerja di sebuah restoran di Subang Jaya ditampar pelanggan gara-gara tidak dapat memainkan lagu seperti yang diminta.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam pada 13 Mac itu, suspek telah meminta mangsa, seorang warganegara Bangladesh menukarkan lagu yang dipasang di premis berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan dia tidak dapat berbuat demikian kerana lagu sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah.

“Suspek yang berang telah memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa sebelum bertindak menampar pipi sebelah kiri mangsa.

“Selepas kejadian, kawan suspek telah membuat bayaran di kaunter lalu beredar dari situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd. Khalid berkata, siasatan masih dijalankan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI