fbpx

Sungai Bentong di Pahang lepasi paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air sungai di Jambatan Bentong, Kampung Baru, Pahang yang naik susulan hujan lebat sejak petang tadi.

PETALING JAYA – Paras air sungai di Pahang dan Johor direkodkan melebihi paras bahaya susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi.

Menurut laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 10.45 malam tadi, kedua-dua sungai tersebut dilaporkan menunjukkan trend meningkat.

Stesen Sungai Bentong di Kuala Marong, Pahang mencatatkan bacaan 90.15 meter melebihi paras bahaya (m) berbanding bacaan normal iaitu 86 m.

Sementara itu, stesen Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru turut merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 3.19 m berbanding 1.0 m bacaan normal.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi 10 negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga pukul 2 pagi nanti. – KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI