fbpx

Omicron lonjak kemasukan ke hospital bagi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadar kemasukan ke hospital bagi kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah adalah lima kali ganda disebabkan varian Omicron. - Google

WASHINGTON – Data terbaharu yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan terdapat peningkatan kemasukan ke hospital bagi kanak-kanak berusia empat tahun dan ke bawah.

Menurut laporan agensi berita United Press International (UPI), kadar kemasukan kali ini adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding ketika lonjakan kes varian Delta.

Semasa lonjakan Omicron bermula pada 19 Disember tahun lalu hingga 21 Februari lepas, kadar kemasukan ke hospital untuk kanak-kanak berusia empat tahun dan ke bawah meningkat kepada 14.5 bagi setiap 100,000 orang dalam populasi umum.

Ia adalah lebih tinggi berbanding ketika lonjakan varian Delta pada musim panas lalu dengan kadar kemasukan ke hospital bagi individu kategori sama adalah 2.9 bagi setiap 100,000 dalam populasi umum.

Kadar kemasukan ke unit rawatan rapi bulanan pula adalah kira-kira 3.5 kali lebih tinggi untuk kanak-kanak kecil semasa kemuncak Omicron pada Januari lalu. Kadarnya adalah 10.6 bagi setiap 100,000 orang dalam populasi umum berbanding ketika kemuncak Delta pada September tahun lalu dengan jumlah tiga dalam setiap 100,000 individu.

Sementara itu, daripada kesemua kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital semasa lonjakan Omicron, 63 peratus tidak mempunyai perlindungan perubatan asas, sekali gus meningkatkan lagi risiko mereka untuk mendapat gejala Covid-19 yang teruk.

Di samping itu, 44 peratus daripada mereka yang dimasukkan ke hospital adalah berusia enam bulan dan ke bawah.

“Kadar bayi dan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit teruk dalam semua tempoh dominan berbeza, ditambah pula dengan potensi mendapat komplikasi jangka panjang termasuk sindrom keradangan pelbagai sistem, telah menyerlahkan kepentingan untuk mencegah Covid-19 dalam kalangan golongan itu,” tulis penyelidik CDC.

Setakat ini, hanya vaksin Pfizer-BioNTech yang diluluskan untuk digunakan pada individu berumur 16 tahun dan ke bawah, namun ia belum diluluskan untuk golongan berusia empat tahun dan ke bawah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI