fbpx

Wanita sumbat gelas kaca dalam pundi kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAKAR perubatan di Hospital Universiti Habib Bourguiba di timur bandar Sfax menjalankan cystolithotomy iaitu sejenis pembedahan digunakan untuk membuang batu karang. - MailOnline

SFAX, TUNISIA – Seorang wanita Tunisia berdepan dengan kesakitan apabila sebuah gelas kaca tersekat di dalam pundi kencingnya selama empat tahun selepas memasukkannya untuk tujuan kepuasan seksual, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan kes yang diterbitkan dalam satu jurnal perubatan, wanita berusia 45 tahun itu pergi ke hospital dan mengadu mengalami gejala berterusan dengan jangkitan saluran kencing termasuk sentiasa perlu membuang air kecil.

Imbasan sinar-X menunjukkan wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mempunyai batu karang gergasi selebar lapan sentimeter (sm) yang mengelilingi satu gelas minuman di dalam pundi kencingnya.

Wanita itu kemudian mengaku menggunakan gelas tersebut sebagai alat untuk kepuasan seksual ketika berusia awal 40-an.

Pakar perubatan yang memeriksanya di Hospital Universiti Habib Bourguiba berkata, tiada darah di dalam air kencing wanita itu. Tetapi batu karang yang menyakitkan boleh tumbuh di sekeliling objek asing yang tersimpan di dalamnya.

Dia juga tidak mengalami gejala kencing tidak terkawal, demikian menurut kes yang diterbitkan dalam jurnal Urology Case Reports.

Pakar perubatan telah menjalankan cystolithotomy iaitu sejenis pembedahan terbuka yang digunakan untuk membuang batu karang. Wanita itu dibenarkan pulang dua hari kemudian dan pulih sepenuhnya.

Doktor-doktor berkata, tindakan memasukkan bendasing ke dalam uretra selalunya dilakukan oleh mereka yang mengalami gangguan mental atau untuk tujuan berseronok. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI