fbpx

Itu tuduhan berat -Mufti Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anhar

SHAH ALAM – Dakwaan mengenai Ahli Jawatankuasa (AJK) Fatwa Negeri Selangor mahu menghidupkan ajaran sesat dianggap tuduhan berat dan mencemarkan kredibiliti institusi yang menjadi rujukan hukum syarak di negeri ini.

Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, perkara itu merujuk kepada sebuah video yang tular berkaitan Tarekat Naqsyabandiyah Al-Aliyyah Sheikh Nazim Al-Haqqani.

Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-117 yang bersidang pada Ogos 2020 sudah meminda keputusan muzakarah bertarikh 3 April 2000.

“Muzakarah merumus dan berpandangan bahawa Tarekat Naqsyabandiyah Al-Aliyyah boleh diamalkan pengikutnya dengan syarat amalan tidak bercanggah dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Mana-mana tarekat boleh diamalkan dengan syarat ia tidak bertentangan dengan prinsip tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jelas Anhar, dalam melaksanakan amalan tarekat, pengamal perlu memastikan tiada amalan dan perbuatan yang tidak bersesuaian dengan uruf setempat.

Pada April 2015, media melaporkan isu Tarekat itu timbul selepas ia cuba dikaitkan dengan kumpulan Habib yang terkenal menerusi program qasidah dan zikir.

Mengenai dakwaan mengatakan kumpulan Habib berkait rapat dengan tarekat, tiada fakta sahih yang boleh mensabitkannya pada waktu itu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI