fbpx
AHMAD RIDHWAN (kanan) menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek.

Dua Geng Kacang dicekup pecah rumah  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Kegiatan Geng Kacang yang aktif melakukan pecah rumah sejak dua bulan lalu lumpuh dengan tertangkapnya dua lelaki di sekitar Telok Panglima Garang di sini, minggu lalu.

Kedua-dua suspek tempatan berusia 26 tahun hingga 46 tahun itu diberkas antara pukul 4.30 petang pada 7 Mac lalu dan 4.30 petang keesokkan harinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, penahanan itu dilakukan hasil laporan juruteknik berusia 38 tahun memaklumkan rumahnya di Taman Jaya Utama dipecah masuk beberapa individu tidak dikenali kira-kira pukul 6.30 pagi, 7 Mac lalu.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kehilangan dua rantai dan subang emas, satu loket emas dan wang tunai RM1,000.

“Bertindak atas maklumat, anggota kita berjaya menahan dua suspek di lokasi berasingan sekitar Taman Jaya Utama dan Tepi Jalan Bandar Lama Telok Panglima Garang.

“Ia membawa kepada penemuan sejumlah barangan dan wang disyaki hasil kegiatan pecah rumah dilakukan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Ridhwan, semakan mendapati dua suspek yang bekerja sebagai penganggur dan pencuci kenderaan itu memiliki rekod jenayah lampau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN