fbpx

Wanita maut dilanggar selepas tercampak keluar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 124, LPT 1 di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan di Kilometer 124, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini semalam.

Dalam kejadian berkenaan mangsa, Adzlin Zarina Mohd. Rosmizal,23, mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kereta sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jerantut.

“Apabila tiba di tempat kejadian kereta jenis Honda Jazz berkenaan telah melanggar bahagian kanan belakang sebuah lori sebelum hilang kawalan serta berpusing dan terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat kejadian, pemandu dan penumpang kereta tercampak keluar daripada kenderaan dan pada masa sama sebuah kereta jenis Perodua Myvi melanggar penumpang yang tercampak di lorong kiri jalan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penumpang kereta yang tercampak meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta pula cedera di bahagian kepala dan paha.

Katanya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI