fbpx

Ledakan OST solo BamBam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAMBAM

PENYANYI popular Korea Selatan, BamBam mencipta rekod tersendiri apabila lagu runut bunyi original (OST) nyanyiannya untuk drama Business Proposal berjudul Melting meraih penerimaan luar biasa.

Melting yang dilancarkan BamBam pada 9 Mac lalu telah menjadi OST paling ditunggu-tunggu peminat dalam drama yang dibintangi aktres Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seop tersebut.

Sejurus dilancarkan, lagu tersebut pantas mendaki carta platform iTunes di beberapa buah negara.

Selang empat hari kemudian, Melting berjaya menduduki tangga nombor satu dalam carta Lagu Terbaik iTunes di 13 buah negara antaranya Thailand, Brazil, Arab Saudi, Finland dan Turki.

Melting merupakan OST solo pertama BamBam untuk K-drama sejak memulakan debut bersama GOT7 pada 2014.

Peminat setia penyanyi asal Thailand itu tumpang gembira selain bangga melihat BamBam selepas dia dan GOT7 meninggalkan agensi JYP Entertainment tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI