fbpx
Kemalangan Ever Forward berlaku hampir setahun selepas kapal kontena seberat 200,000 tan MV Ever Given tersangkut di Terusan Suez dan menghalang laluan air utama selama enam hari. – Twitter @jsrailton

Kapal kontena Ever Forward tersekat di Teluk Chesapeake

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Sebuah kapal kontena besar yang dimiliki oleh syarikat pemilik kapal Ever Given yang tersekat di Terusan Suez tahun lalu terkandas berhampiran pelabuhan Baltimore Amerika Syarikat (AS), kata pegawai AS semalam. 

The Ever Forward, kapal sepanjang 334 meter itu terkandas di Teluk Chesapeake sejurus selepas meninggalkan pelabuhan Baltimore pada malam Ahad, kata Pengarah Eksekutif Pentadbiran Pelabuhan Maryland, William Doyle, dalam satu kenyataan.

“Tiada kecederaan atau tumpahan minyak yang berlaku.

“Pendaratan kapal itu tidak menghalang kapal lain daripada transit ke pelabuhan Baltimore,” jelas Doyle.

Beliau juga menjelaskan bahawa usaha telah dijalankan sejak malam Ahad untuk membebaskan kapal yang terkandas itu.

Kemalangan itu berlaku hampir setahun selepas kapal kontena seberat 200,000 tan, MV Ever Given tersangkut di Terusan Suez dan menghalang laluan air utama itu selama enam hari.

Terusan Suez ialah laluan penting dari Asia ke Eropah yang membawa 10 peratus hasil dagangan maritim global dan sumber pendapatan penting negara Mesir.

Kedua-dua kapal itu dimiliki oleh Evergreen Marine Corp., yang berpangkalan di Taiwan.

The Ever Forward dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Norfolk, Virginia, apabila insiden tersebut berlaku. – AFP

POPULAR