fbpx

Rentak Barcelona semakin tersusun pada La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI tidak meletakkan sasaran tinggi untuk mengejar kedudukan Real bagi mencabar takhta kejuaraan meskipun semakin menampilkan aksi baik musim ini. – AFP

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menyatakan kepuasan selepas pasukan itu membelasah Osasuna 4-0 dalam aksi La Liga yang berlangsung di Stadium Camp Nou awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Ca­talans dilihat semakin hampir ke prestasi lama apabila menguasai sepenuhnya permainan dan memperoleh gol menerusi dua jaringan Ferran Torres serta ma­sing-masing satu gol Pierre-Eme­rick Aubameyang dan Riqui Puig.

Meskipun menampilkan aksi yang semakin baik, namun beliau tidak meletakkan sasaran tinggi untuk mengejar kedudukan Real Madrid bagi mencabar takhta kejuaraan musim ini.

“Saingan liga bukanlah sesuatu­ yang mudah. Walaupun kami catat kemenangan di Santiago Bernabeu sekali pun, ia bukanlah jaminan untuk meme­nangi liga kerana ada pasukan lain yang boleh lakar kejutan.

“Kami perlu mengharapkan Real tercicir mata dalam tiga atau empat perlawanan, namun itu bukanlah perkara mudah. Kami tidak boleh terlalu optimis dengan peluang memenangi liga,” katanya.

Mengulas aksi ditampilkan barisan pemainnya pada perlawanan itu, Xavi memuji peranan jentera serangan yang dibarisi Aubameyang, Torres dan Ousmane Dembele sepanjang permainan berlangsung.

“Apa yang pasti, tiga pemain serangan bermain sangat baik terutamanya Ferran (Torres), Dembele dan Aubameyang. Selain itu, saya fikir Aubameyang adalah hadiah yang tidak ternilai untuk kami,” ujar legenda Barcelona itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI