fbpx

Hamilton belum pasti menang GP Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON masih belum berpuas hati dengan jentera W13 selepas bergelut untuk melakukan catatan masa terbaik pada sesi ujian pramusim. – AFP

SAKHIR – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton ragu dia mampu untuk memenangi perlumbaan sulung Formula Satu (F1) musim ini menjelang Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain minggu depan.

Pemandu Mercedes AMG itu mengakui, dia masih belum berpuas hati dengan jentera W13 selepas bergelut untuk melakukan catatan masa terbaik pada sesi ujian pramusim.

Hamilton berpendapat, Ferrari dan Red Bull memiliki kelebihan untuk mencatat kemenangan sulung pada perlumbaan itu nanti selepas menampilkan aksi konsisten dalam sesi ujian.

“Saya yakin semua orang maklum bahawa kami bukan pasukan terpantas pada ketika ini. Apa yang saya nampak, Ferrari sangat pantas, begitu juga Red Bull. Kemudian barulah kami atau McLaren.

“Sukar untuk saya terangkan perkara ini, namun apa yang pasti Mercedes bukanlah pasukan terpantas buat masa sekarang. Dalam situasi ini, tidak mungkin kami boleh bersaing untuk menang,” katanya.

Bagaimanapun, dia percaya pengurusan Mercedes akan mencari jalan terbaik bagi menyediakan jentera terbaik, sekali gus memastikan pemandu-pemandu pasukan itu mampu menampilkan saingan sebenar.

“Saya yakin jentera kami ada potensi yang boleh membantu kami capai sasaran pasukan, cuma kami perlu selesaikan masalah terlebih dahulu. Apa yang pasti, kami akan bertambah baik selepas ini,” tambah Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI