fbpx

Lebih 1,000 agensi pekerja asing berisiko gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lebih 1,000 agensi pengurusan pekerja asing berlesen C akan gulung tikar jika Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak menggalakkan majikan menggunakan perkhidmatan mereka.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), N. Sukumaran berkata, keadaan itu diburukkan lagi apabila kira-kira 1,100 agensi pekerja asing berdaftar terpaksa bersaing dengan lebih 10,000 agensi haram di negara ini.

“Jika kami tidak diberi mandat yang hadir bersama-sama lesen diberikan, kami mungkin terpaksa menamatkan perkhidmatan dan menutup perniagaan.

“Kami dibenarkan beroperasi oleh KSM dan jika kementerian tidak mengesyorkan perkhidmatan kami, ia meletakkan agensi berlesen dalam situasi sama dengan agensi haram iaitu bersaing untuk mendapatkan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sukumaran, para majikan memerlukan mereka dalam mendapatkan pekerja mahir terutamanya melibatkan prosedur pengambilan golongan tersebut ke dalam negara.

Jelasnya, ia kerana para majikan tidak mempunyai kepakaran serta hubungan baik dengan negara asal pekerja asing tersebut.

“Kami bersedia untuk menjadi orang tengah untuk membantu kerajaan, majikan, agensi pengambilan pekerja asing serta pihak kedutaan dalam hal-hal berkaitan pengambilan golongan tersebut.

“Ia bagi memastikan proses pengambilan itu dapat dijalankan dalam waktu singkat dan hanya pekerja asing yang benar-benar asing diambil bekerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI