fbpx

PRN Johor : SPR serah keputusan rasmi kepada Istana Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani (kiri) menyerahkan keputusan PRN Johor kepada Azmi untuk diberikan kepada Istana Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU – Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang selesai diadakan semalam telah diserahkan kepada Istana Johor, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menyerahkan keputusan itu kepada Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Turut hadir ketika majlis penyerahan berkenaan, Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaimon.

Malam semalam, SPR mengumumkan BN telah memenangi PRN Johor selepas gabungan tersebut memperoleh 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) hanya tiga kerusi dan masing-masing satu kerusi diperolehi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 239 calon daripada 11 parti politik berlainan bertanding merebut 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI