fbpx

Katil ICU Putrajaya 167 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Putrajaya mencatatkan peratusan pengisian katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 167 peratus, tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lima lagi negeri merekodkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus ialah Kelantan (69 peratus), Johor (68 peratus), Kuala Lumpur (65 peratus), Selangor (58 peratus) dan Perak (53 peratus).

“Bagi katil bukan ICU pula, 12 negeri melaporkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus iaitu Selangor (109 peratus), Kuala Lumpur (95 peratus), Perlis (91 peratus) dan Perak (91 peratus).

“Terengganu (91 peratus), Putrajaya (86 peratus), Sarawak (78 peratus), Kelantan (76 peratus), Melaka (74 peratus), Johor (62 peratus), Pahang (58 peratus) dan Pulau Pinang (56 peratus).

“Untuk katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hanya satu negeri iaitu Melaka menunjukkan peratusan pengisian 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 1,868 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan 753 kes (40 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima dan 1,115 kes (60 peratus) adalah kategori satu dan dua. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI