fbpx

PRN Johor : Bekas MB mengundi di SK Taman Rinting 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled membuang undi di SK Taman Rinting 1, Pasir Gudang, Johor hari ini.

PASIR GUDANG – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir seawal pukul 8.07 pagi di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1 bagi melaksanakan tanggungjawabnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu memberitahu dia hadir awal bagi mengelakkan kesesakan pengundi selain bagi membolehkannya meninjau perjalanan PRN Johor di kawasan lain.

Katanya, beliau bangun pagi seperti hari-hari biasa namun mengakui mempunyai keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan muncul juara pada penghujung hari ini.

“Kita tahu ramai akan gunakan peluang dah hak mereka untuk undi, jadi untuk elak kesesakan orang ramai, saya datang awal hari ini.

“Bangun pagi tadi untuk solat subuh, saya rasa seperti hari-hari biasa, namun InshaAllah BN boleh menang hari ini,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, beliau hadir ke pusat pengundian itu pada pukul 8.07 pagi.

Ketika ditanya siapa yang bakal beliau pilih selaku wakil rakyat di kawasan berkenaan, Mohamed Khaled hanya tersenyum dan menunjukkan warna pakaian yang dikenakannya.

“Tengok warna baju yang saya pakai ni, ini warna Biru BN atau PN,” soalnya kembali kepada wartawan.

Penyelia Pusat Mengundi berkenaan, Mohd. Ghazali Hamat berkata, pusat mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas itu memiliki lapan saliran bagi seramai 4,723 pengundi.

DUN Permas menyaksikan perlawanan lima penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Baharudin Mohamed Taib; Perikatan Nasional (PN), Tazul Arifin; Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mahaya Ahad; Pakatan Harapan (PH), Syed Othman Syed Abdullah dan Parti Warisan (Warisan), Mohamed Ridza Busu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI