fbpx

Misi ke Piala Asia Futsal bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 20 pemain skuad futsal kebangsaan dipanggil untuk latihan pusat bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2022 di Bangkok, Thailand pada 2 hingga 10 April depan. – FAM

JUARA bertahan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Selangor MAC dan Pahang Rangers FC menguasai senarai 20 pemain futsal yang dipanggil menyertai latihan pusat bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2022 di Bangkok, Thailand pada 2 hingga 10 April.

Enam pemain Pahang Rangers dan lima pemain Selangor MAC berjaya mendapat perhatian pengendali negara, Chiew Chun Yong untuk memulakan latihan bermula Rabu ini di Arena Futsal Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Penyertaan di Kejuaraan Futsal AFF 2022 bakal menjadi pentas terbaik skuad negara untuk cuba tampil di pertandingan lebih tinggi memandangkan tiga pasukan terbaik akan layak ke Piala Asia Futsal 2022 di Kuwait, September depan.

“Daripada 20 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat ini, hanya 16 pemain akan dibawa ke Bangkok pada 26 Mac 2022 bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan di sana sebelum kejohanan bermula.

“Bagi saingan Kejuaraan Futsal AFF 2022, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah yang juga juara bertahan, Thailand, Indonesia, Kemboja dan Brunei,” menurut kenyataan dikeluarkan FAM, semalam.

Skuad negara akan memulakan cabaran dengan menentang Kemboja pada 2 April, Indonesia (4 April), Brunei (5 April) dan Thailand (6 April).
Kumpulan B akan dianggotai empat pasukan, Vietnam, Myanmar, Timor-Leste dan Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI