fbpx

Kanak-kanak miliki dua zakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital di mana kanak-kanak lelaki dua zakar Uzbekistan menjalani pembedahan membuang satu daripada alat sulitnya. - Google Maps

TASHKENT, Uzbekistan – Seorang kanak-kanak lelaki Uzbekistan berjaya menjalani satu pembedahan rumit untuk membuang satu daripada dua zakar miliknya, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Keadaan individu yang memiliki dua zakar dinamakan sebagai diphallia.

Menurut beberapa pakar perubatan, kes pesakit tersebut sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam enam juta orang. Kedua-dua zakar budak lelaki itu berfungsi dengan baik serta berada dalam keadaan normal.

Pesakit itu  dirujuk ke klinik pakar, di mana dia menjalani prosedur khas untuk membuang  zakar kirinya.

Menurut laporan, kanak-kanak itu pulih sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu.

Pakar bedah yang melaporkan kes tersebut  dalam jurnal Urology Case Reports berkata, kecacatan itu hanya pernah dikesan 100 kali dalam sejarah  perubatan dengan kes pertama diketahui pada 1609.

Doktor di Institut Perubatan Pediatrik Tashkent berkata,  zakar berganda adalah anomali yang jarang berlaku dan biasanya berlaku pada pesakit yang dilahirkan dengan mempunyai masalah  kemaluan atau saluran kencing.

Imbasan sebelum pembedahan bagaimanapun mendapati pundi kencing dan buah pinggang budak lelaki Uzbekistan itu normal selain dua saluran kencing yang juga berfungsi.

Pakar-pakar turut memberitahu bahawa kanak-kanak itu dilahirkan tanpa dubur, situasi biasa yang sering dilihat pada bayi lain yang mempunyai dua zakar.

Doktor telah ‘membina’ lubang dubur sejurus selepas dia dilahirkan tetapi tidak jelas mengapa mereka tidak terus membuang satu daripada zakarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI