fbpx

Program Khas Peremitan Pendapatan ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menamatkan Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP) berkuat kuasa hari ini susulan pengumuman Kementerian Kewangan berhubung penambahbaikan dasar layanan cukai terhadap pendapatan luar negara.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan, keputusan untuk menamatkan PKPP dibuat setelah mengambil kira pengecualian cukai diumumkan oleh Kementerian Kewangan terhadap pendapatan daripada punca luar negara yang diterima di Malaysia oleh individu pemastautin (selain pendapatan perkongsian).

“Layanan pengecualian yang sama juga diberikan kepada pendapatan dividen daripada punca luar negara yang dibawa masuk oleh syarikat dan perkongsian liabiliti terhad.

“Pengecualian ini tertakluk kepada syarat-syarat dinyatakan dalam Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) yang akan dikeluarkan di bawah seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, pendapatan punca luar negara lain yang tidak dikecualikan dan dibawa masuk ke Malaysia mulai 1 Januari hendaklah dilaporkan di dalam Borang Nyata bagi tahun taksiran yang berkaitan.

“Pendapatan luar negara yang masih tertakluk kepada cukai dan dibawa masuk ke Malaysia dalam tempoh 1 Januari hingga 30 Jun akan dikenakan cukai pada kadar konsesi tiga peratus seperti yang diumumkan melalui Bajet 2022 dan diperuntukkan di bawah Akta Kewangan 2021.

“Selepas tamat tempoh tersebut, kadar cukai asal akan terpakai mengikut kategori pembayar cukai yang berkenaan,” ujar kenyataan itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI