fbpx

Pemilik rumah flat bela anjing di koridor dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dua ekor anjing diletakkan di koridor.

PETALING JAYA – Tindakan pemilik sebuah rumah flat membela anjing di koridor rumahnya mendapat kecaman orang ramai di media sosial.

Sebuah video memaparkan anjing tersebut diikat pada batang paip berserta najisnya yang bersepah di laluan koridor juga tular di media sosial.

Melalui video itu juga dapat dilihat anjing tersebut agak garang dan tidak membenarkan orang lain melalui kawasan rumah pemiliknya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi video itu dirakam.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan tindakan pemilik rumah tersebut dan berharap agar tindakan sewajarnya diambil terhadap individu berkenaan.

“Bagaimana mereka boleh ikat anjing itu. Pihak berkuasa patut tahan pemilik, ini kekejaman terhadap haiwan. Kasihan anjing itu. Pemiliknya juga tak hormat langsung pada jiran-jiran, dengan najis di merata-rata tempat begitu” kata Jenny.

“Bila anjing tu dah kena angkut dengan majlis, nanti pemilik muat naik video kata kita ini tak ada belas kasihan. Ini kalau ada budak kecik lalu, risau kena gigit je,” kata Ainaa.

“Sebenarnya kucing atau anjing, apa-apa haiwan sekali pun tak sesuai bela di rumah begini. Nak bela sangat, kena letak dalam rumah. Kadang-kadang yang bela kucing pun boleh tahan letak sangkar tepi jalan,” kata Shukrie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI