fbpx
Tangkap layar aksi suspek yang memukul anak tirinya berusia lima tahun.

Pemandu lori pukul anak tiri diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang tular memukul anak tirinya berusia lima tahun kini diburu polis.

Suspek berusia 30 tahun itu dikatakan menampar dan memulas dua tangan kanak-kanak lelaki berkenaan sambil memarahinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, laporan berkaitan kes itu diterima daripada ibu mangsa berusia 25 tahun di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini sebelum satu video tular menerusi aplikasi WhatsApp.

“Hasil penelitian video itu mendapati suspek memarahi mangsa selain menampar dan memulas kedua-dua tangannya.

“Selain itu, ibu mangsa telah mempertahankannya daripada terus dipukul suspek dengan memeluk kanak-kanak tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ramsay, siasatan mendapati  pasangan itu baru mendirikan rumah tangga sejak sebulan lalu. -KOSMO!ONLINE

POPULAR