fbpx
Griffith (kiri) bergambar bersama Bennett sebelum prosedur pembedahan dilakukan pada 7 Januari lalu. – EPA_EFE

Penerima jantung babi pertama meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLLEGE PARK, MARYLAND – Seorang lelaki di negeri Maryland, Amerika Syarikat  yang menjadi individu pertama menjalani pembedahan pemindahan jantung babi dilaporkan meninggal dunia kelmarin, dua bulan selepas prosedur tersebut dilakukan, lapor agensi berita United Press International.

David Bennett, 57, sebelum itu menderita penyakit jantung terminal ketika dia menerima jantung tersebut pada 8 Januari lalu.

Keadaan kesihatannya bagaimanapun mula merosot beberapa hari lalu, kata pegawai Pusat Perubatan Universit Maryland dalam satu kenyuataan.

“Kami amat bersedih atas kehilangan Bennett. Dia merupakan seorang pesakit berani yang berjuang berhabis-habisan sehingga ke hembusan nafas terakhir. 

“Bennett dikenali oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia atas keberanian dan ketabahannya untuk terus hidup,” kata salah seorang pakar yang menjalankan pembedahan tersebut, Dr. Bartley P. Griffith.

Prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai kepada manusia itu merupakan kali pertama seumpamanya dijalankan di dunia.

Griffith berkata, pihaknya yakin untuk meneruskan kajian dalam ujian-ujian klinikal akan datang terhadap pesakit lain dengan memanfaatkan kes Bennett. – AGENSI 

POPULAR